Sunday, November 4

Anak baru


Bingit.
Bising.
Bunyi dengusan sang perempuan yang ku cintai. Bunyi yang hampir hampir seakan bunyi sewaktu aku merajai gelora nafsu, disaat aku meneroka labia minoranya dengan tusukan demi tusukan gairah cuma bezanya bunyi ini disebabkan usahanya untuk melahirkan seorang anak yang aku yakin hasil semaian benih aku sejak sepuloh bulan lalu. Aku turuti arahan doktor supaya tinggalkan bilik itu buat seketika meskipun berat untuk aku biarkan dia berjuang seorang diri.Lampu pendaflor yang ditutupi dengan sebuah kotak yang punya tulisan diperhati dengan tekun sambil bersandar di dinding hospital kapitalis.

Tika dia sedang berjuang untuk melahirkan anak kami, terkenang aku pada memoir memoir lama hubungan antara aku dan dia.
Setelah kematian dua ibupaku setahun muram yang lepas, aku tekad untuk hanya menjaga dia, insan yang aku cintai selain dua ibu bapaku. Ditakdirkan tuhan aku dapat tawaran kerja sebagai seorang eksekutif bagi sebuah syarikat import exsport di kawasan utara tanahair negara mesia. Tak perlu jauh, tapi cukup untuk aku memulakan hari hari mendatang sebagai orang baru bersama dia.

Dengan taraf ekonomi masyarakat sini yang jauh masih rendah jika dibandingkan dengan taraf di bandar besar di selatan sana, gaji sebagai seorang eksekutif cukup untuk aku berikan hampir segala kemahuannya. Didorong juga dengan sikapnya yang tak banyak kerenah dan akur pada titahku buatkan aku cukup senang untuk terus bersamanya. Jika diizinkan tuhan untuk terus hidup disini serib tahun lagi aku yakin tak akan pernah aku tinggalkan dia. Aku yakin.
Segala makan minumnya jadi keutamaan bagi ku, dan aku juga yakin segala hal yang layak aku dapat pasti dia tak berat untuk berikan padaku.

Secangkir kopi kosong panas yang dibancuh sendiri olehnya tiap pagi bersama dua keping roti bakar sudah cukup buat aku, dan jika perlu adegan manja di meja makan juga diberikan sebagai ucapan terima kasih kepadaku.Cukup. Semua itu sudah cukup bagiku dan dia untuk terus bersama menjalani kehidupan kehidupan yang mendatang. Usah di tanya apa parti politik yang bakal dipangkah kelak, kami tidak ambil pusing kerna aku dan dia yakin mana mana pihak sekalipun yang memerintah, pasti akan buatkan si kapitalis terus mencekik rakyat kelas sederhana ke bawah.

Klipp.
Bunyi lampu yang pegun di dinding ditutup. Terdengar kuat tangisan asing di dalam sana. Ya, tangisan si baru yang aku nantikan. Seorang jururawat pertengahan usia datang kearahku sambil senyum dan arahkan padaku supaya segera bertemu si ibu dan si anak. Di dukung kemas si anak yang bagiku cukup comel, berkaca mataku menahan air dari terus mengalir keluar membasahi pipi atau lebih tepat dari dilihat oleh si dia dan para jururawat. Indah. Semuanya cukup indah bagiku.
Perlahan lahan si dia bisik padaku "terima kasih sayang, adik akan terus mencintai abang". Bibirku diukir senyuman lebar. Dahinya dicium lembut.

Thursday, August 23

kopi bin


Sudah menjadi kebiasaan, tiap pagi pasti aku akan datang ke sini sebelum terus ke tempat kerja. Satu-satunya warung kopi tepi jalan, Warong Bin, yang berada dalam lingkungan jarak apartmen ke stesen komuter. Aku duduk di meja kegemaran dan datang seorang pelayan perempuan lingkungan 35 tahun bersama buku 555 di tangan kirinya. Tersenyum manja hingga memanahkan lesung berkembarnya tepat ke arah anak mata aku.

“Minum dik?”
“Biasa, kopi o gelas. Tarik ya.”
“Okay.”

Akak pelayan berlalu ke dapur untuk menyiapkan pesanan. Membelakangi aku sehingga menampakkan bentuk otot pejal gluteus maximus di sebalik seluar jeans ketat yang bisa buatkan setiap anak mata lelaki tidak lari dari melihat. Kadang-kadang terpikir juga aku bila melihat sisi tubuhnya begitu, entah apa jamu yang diamalkan hingga tegang sel sel pigmen ; tak kena dengan umur. Surat khabar diselak satu persatu bermula dari berita sukan, buat menunggu Kak Bin datang membawa air kopi aku. Usai sampai aku kacau perlahan kopi yang terhidang di atas meja hingga menaikkan aroma pekatnya menusuk ruang hidung umpama berikan hint supaya cepat menghirup sebelum aromanya hilang ditiup angin. Secangkir kopi di hirup bersama buih yang ada membasahi lidah turun perlahan memenuhi ruang esofagus dan buatkan kaifiat kafein menyegarkan sel tubuh. Cukup untuk melayari hari siang yang panjang. Nikmat.

“Kak Bin, kopi O dengan dua keping roti bakar.”
“Okay.”

Bunyi suara itu selang tiga meja di hadapan aku. Seorang perempuan yang entah dari hala mana datang dalam keadaan kelam kabut buatkan minda aku yang sedang lentok diulit nikmat kopi terganggu. Kalut lain macam gayanya.

*****
Pagi ini hujan renyai tapi ia tak pernah menghalang aku untuk terus datang ke warung ini untuk dapatkan kopinya. Dadah halal ini buatkan aku terlalu ketagih untuk dapatkannya setiap pagi sebagai ritual hidup untuk membantu aku produktif menempuh hari siang yang penuh barai. Bancuhan kopi campuran Kak Bin memang lain macam.
Warong Kak Bin tempat golongan marhaen melepaskan lelah. Golongan pemandu lori di satu sudut bersama kumpulan mereka. Bancuhan kopinya lebih pekat dan kurang gula. Pakcik-pakcik pensen yang masih berkopiah, baru pulang dari membersihkan surau duduk di satu sudut lain. Kopinya dikisar kasar. Baru sedap bila bergabung aromanya dengan rokok kretek.
Selepas melengkapi rutin pagi yang dijadualkan sendiri, aku terus bergegas ke stesen komuter terdekat untuk terus ke tempat kerja. Bukan tak mampu untuk berkenderaan sendiri tapi aku lebih suka menggunakan kenderaan awam di kota yang dihimpit dengan hutan konkrit melangit sedia ada dan tebaran peniaga kapitalis yang sering mencekik konsumer seperti aku.

*****
Aku masih lagi disini, di warung kopi yang sama untuk mendapatkan dos kopi yang sama. Cuma berbeza hanya meja aku sekarang bukan di meja selalu kerana sudah ada sekumpulan budak sekolah yang port lebih awal dari aku. Tak kisahlah, asalkan aku dapat menghirup dadah aku pagi ini tanpa gangguan. Sejak kebelakangan ini, kopi Kak Bin macam kurang kick. Atau mungkin sebab lain. Kini kopi bukan lagi tujuan utama aku di sini tapi dia. Ya, dia! Tapi mana dia? Dah beberapa hari aku tak Nampak langsung kelibat dia. Pelbagai soalan bermain di benak fikiran. Mungkin bukan jodoh aku untuk kenal dia atau mungkin aku memang terlalu lambat bertindak. Abaikan. Ah, entah kenapa aku teringatkan gadis kalut itu. Aku beranikan diri. Aku tak peduli.

“Erm.. Kak Bin, tumpang tanya. Perempuan yang selalu order kopi O tu tak datang lagi ke?”
“Perempuan? Dik, kedai akak ni ramai perempuan yang order kopi. Mana akak nak ingat dik.”
Aku tersengih. Geli hati dengan gelagat sendiri. Malu. “Betul jugak ek. Ala, yang selalu kalut datang sini order kopi O dengan roti bakar dua keping tu. Yang matanya bulat, berambut curly di bahagian hujung. Ingat tak?”
“Oh, Lia eh? Yang selalu duduk di meja hujung situ kan?”
“Lia? Ha’ah. Iyer kot. Selalu dia port situ. Mana dia eh? Lama tak nampak.”
“Dia anak saudara akak. Tu ha!” Kak Bin menjuihkan bibirnya. Lia datang tergesa-gesa dan duduk di meja kegemarannya.
“Kak Bin, biasa eh? Kopi O dengan roti bakar dua.”
“Lambat lagi kau hari ini?”
Lia tersengih bila Kak Bin tegur. Manis. Dalam kalut-kalut Lia, masih lagi sempat dia melayangkan senyum kepada aku. Mungkin dia cam aku sebagai pelanggan tetap Kak Bin. Agaknya. Adrenalin memacu. Mungkin sebab lama tak nampak dia di sini. Aku tekad, lebih baik aku mencuba, untung sabut timbul.
“Awak, lama tak nampak sini.”
“Oh ya. Saya sibuk sikit, baru dapat kerja baru.”
Ringkas jawapannya tapi di hiasi dengan lirikan senyuman manis yang buatkan aku tak keruan.
“Erm. Saya Wan. Ini memang gila. Saya baru kenal awak. Tapi malam ini nak dinner dengan saya sekali tak?” Aku hulurkan tisu yang ditulis nombor telefon.
Entah apa aku ucap tadi, degupan jantung yang kencang tadi tiba saja senyap. Macam dah berhenti pam darah. Muka pun naik pucat lesi.
“Kenapa baru sekarang? Dah lama saya tunggu awak.” Dan pagi itu, aku bersumpah, senyum Lia ketika itu yang aku tak akan lupa sampai aku mati.


Saturday, August 18

Beritahu aku


Ini pertama kali kau dan aku keluar malam. Memang tiada apa di bandar Alor Star pada malam hari jika dibandingkan dengan limpahan keceriaan di ibu kota sana. Tapi di sini semuanya bermula, kisah kau dan aku. Sama sama kita berdua berpeleseran di dataran ini, bersama dengan kumpulan manusia lain yang leka dengan aktiviti dunia masing masing. Cuma bezanya tika ini bagi diriku dunia ini hanya aku dan kau. Kau genggam erat tanganku, sesekali kepala aku di sandarkan di bahu kau yang bisa buatkan kau rasa seperti seorang putera yang gagah dan sedia pertahankan aku, seorang puteri raja yang lemah dan ayu.  
Meskipun malam ini ramai orang yang datang di dataran, itu tetap tak di endahkan aku dan kau. Kita berpelukan di tengah orang ramai. Badan kecilku dirangkul kau dan dipeluk erat. Kau bisik di telinga ku "awak cinta saya?"

Tiada perkataan yang keluar dari bibirku, hanya anggukan sedikit kepala untuk menjawab pertanyaan kau. Mata aku terus pejam untuk menghayati bibit bibit indah ini, supaya kelak aku mampu 'simpan' ia jadi mimpi dalam tidurku.

Entah macam mana, aku berada di atas kerusi empuk, di dalam satu bilik bersaiz 20x20. Tangan kaki ku di ikat kemas. Tapi mata dan mulutku tidak tertutup. Aku menjerit, meraung sekuat hati, tapi tiada siapa yang dengar barangkali. Pintu bilik di buka, kau datang membawa pisau yang tajam matanya.
Satu saja perkataan yang keluar dari bibirmu, "aku cintakan kau, wahai sayang".

Pisau yang dibawa terus di toreh tepat di dada kiriku. Pipi ku terus basah dengan linangan air mata menahan sakit yang tak dapat aku ceritakan. Berkali kali dada kiri aku ditoreh, mungkin pisau yang kau gunakan tak setajam yang aku gambarkan atau mungkin pigment aku tidak mudah untuk berikan hati kepada sesiapa.
Kau teruskan jua, darah yang terpercik mengeluarkan bau yang tak bisa aku terangkan. Usai selesai di toreh, tangan kau terus mencari hati aku, kau ambil kemudian kau simpan sendiri. Dada yang terbelah tadi kau cantumkan semula, kau jahit. 

Ikatan yang kemas tadi kau leraikan. Aku bertanya kepadamu,  "kenapa awak buat saya begini?"
Kau hanya senyum dan balas "saya cintakan awak, izinkan saya untuk terus simpan hati ini supaya kelak tak ada lelaki lain yang ambil".

Dalam kebasahan badan dengan darah yang ada, aku terus peluk kau dengan erat. Sekali lagi mataku berkaca kali ini bukan kerana menahan sakit, tapi kerana meraa bahagia kerana berikan hatiku kepadamu. Aku cintakan kau.


*****

Itu cerita tiga tahun yang lepas. Cerita di mana kisah kita hanya ada aku dan kau, tapi segalanya berubah sekarang, setelah kisah berdua ini ditambah watak yang ketiga, dimana watak itu adalah kekasih baru mu. Kau nampak bahagia bersama dia, aku redha. Cuma satu aku minta, pulangkanlah hatiku balik, atau beritahulah aku dimana kau campak hatiku supaya aku bisa berikan pada lelaki yang lain.


Wednesday, August 15

Pekerja gred bawahan


Air kafein  hitam pekat di hirup dikit dikit, membasahkan lidah, menuruni ke ruang esofagus. Nikmat kafein yang telah di asimilasi umpama memberi hint kepada sistem tubuh untuk terus bekerja di hari ini. Hitam, tapi pahit, satu kombinasi yang sudah sebati dengan penggemar kopi. Begitu juga Achillus, hari harinya wajib ditemani secangkir kopi buatan sendiri. Cuma bezanya, dia hanya minum kopi setiap pagi sebagai pengalas perut kerana hanya itu yang mampu. Pagi ini, kerja perlu diteruskan, kalau tidak malulah dia jika jumpa anak anak jalanan itu nanti. Mereka mengharapkan dia dapat tunaikan janjinya. Janji sebagai seorang yang dewasa.

Karung guni yang entah dari mana dapat di ambil dan di letakkan di dalam raga basikal mini keluaran Raleigh. Moga pagi ini rezekinya murah, meskipun dia sedar sepanjang hayat hidupunya, tak pernah dia merasakan rezekinya murah. Basikal yang sudah usang dikayuh menulusuri lorong lorong dari satu perumahan ke satu perumahan, dari satu rumah kedai ke satu rumah kedai. Hentiannya hanya satu, di setiap tong bewarna hitam dan hijau yang isi dalamnnya penuh dengan seribu macam sampah. Dari satu beg hitam ke satu beg hitam, di kuis kuis isi dalamnya, di ambil tin tin kosong dan kertas kertas yang bisa dijadikan bahan pertukaran kepada sekeping dua nota ringgit. 

"aku kena pastikan aku dapat banyak duit hari ni, kalau tidak macam mana aku nak jumpa mereka hujung minggu ni" monolog Achillus sendirian sambil memasukkan tin tin minuman yang kosong di dalam karung guni. Seharian, hampir setiap kawasan yang punya tong sampah di Arau di datanginya dengan satu impian, moga dapat ditukarkan ke nota ringgit. 
Kerja yang gunakan kudrat ini sudah sebati dengan hidupnya hampir 20 tahun yang lalu. Segala macam liku di redahnya. Demi teruskan sistem kehidupan sebagai pekerja paling bawah grednya. Cuma kurangnya Achillus, kudratnya terbatas, dengan hanya miliki sebelah tangan, dia tak mampu untuk bersaing mendapatkan rezeki yang lagi baik.

Hari hari terus mendatang, simpananya terus bertambah, meskipun hanya beberapa keping nota ringgit. Petang ini dia sudah berjanji akan berjumpa dengan anak anak jalanan itu. Perihal manusia, janji ditabur, pasti ditepati. 
Petang ni dia sampai di kawasan ini, tempat anak anak jalanan bergelimpangan melata di serata kaki lima datang setelah nampak kelibat abang Achillus mereka. seorang anak kecil yang comot mukanya, berminyak sedikit di pipi dan dahi datang membawa sekeping papan hitam dan sekotak kapur tulis yang disimpan kemas di bawah flyover.  
"Hai adik adik! cepat datang sini, tengok apa abang bawa. Taraaa!!!! nada yang jelas terpancar menunjukkan kepuasan bagi Achillus.
"Yeayy!!! abang bawa buku buku baru dengan pensel" Teriak seorang anak kecil lain yang melompat keriangan. 
"Terima kasih abang! Hari ni abang nak ajar kami apa?? Tanya seorang anak kecil lain yang tak sabar untuk menimba ilmu, sambil riang bau haruman buku buku yang baru dibeli.

"Hari ni abang ajar adik adik matematik! Kemudian abang sambung bacakan cerita yang minggu lepas abang berhenti ya?" Mulut berbicara, menghilangkan wajah letih Achillus.

Tiada sesiapa lagi di dunia tuhan ini melainkan anak anak jalanan yang tegar mahu menuntut ilmu. Bagi Achillus, biarlah orang sekeliling nampak dia sebagai seorang pekerja gred bawahan yang hina, tapi bagi anak anak jalanan, dia umpama malaikat yang entah dari mana mana datang memberi harapan untuk mereka jadi lebih baik kelak.



Tuesday, July 31

susu segar


Blouse biru gelap yang sudah berapa minggu tidak dibasuh yang di sangkut di dinding bilik di ambil dan dipakai menutup segala postur badan yang timbul dan puting yang ada, yang nampak cuma lurah yang giur. Digandingkan dengan mini skirt hitam mati paras peha yang hanya seinci dua dari panties. 

+ Aku terlewat malam ni Oki. *tergesa gesa si perempuan menyembur perfume hingga memenuhi ruang atmosfera bilik bujang itu.  

+Nanti balik aku layan kau eh, jangan pergi mana mana tau. Nanti luka lagi dipukul orang.

Bebel perempuan suku abad sambil menjuih juih bibir merasakan lembapan gincu merah pekat. Dilakukan dengan berhati hati meskipun sudah terlewat. Blackberry Bold 3 sudah banyak kali teriakkan bunyi yang menerima panggilan dari Mummy. 

Oki yang sedari tadi diamkan diri, terus melompat naik ke atas peha gebu si perempuan, baringkan badan dan jilat peha putih si perempuan. Tidak dilayan, di tolak Oki ke atas katil, di biarkan sendirian. 

+ Nanti aku berikan kau ikan dan susu segar ya. Lagipun sekarang kan bulan ramadhan, kau puasa lah dulu. 

Seperti tahu apa dimaksudkan oleh si perempuan, Oki hanya mengiau manja di atas tilam bujang itu. Mungkin dia sedar tuannya sudah terlewat untuk pergi melayani lelaki lelaki hidung belang di luar sana untuk dapatkan wang saraan mereka meskipun di bulan ramadhan.



Monday, July 16

Baju yang lompong



Haruman baju melayu teluk belanga yang dilipat kemas di dalam gobok kayu di ambil, di sarung menjadi lapisan kedua menutup singlet putih di badan aku.

+ Ermm.. masih muat, meskipun sedikit senteng di bahagian lengan; mungkin dek kerna badan si pemakai sebelum ini lebih kecil dari aku. *monolog sendiri.

*****

Kesan lubang di bahagian perut kiri baju masih ternampak kesan, meskipun ummi sudah jahit dengan cebisan kain lain sesama warna.Kata ummi, baju jangan dibiar lompong begitu, harus Nampak kemas, bersih. Masih kelihatan. Kesan yang punya sejarah tersendiri. Sejarah yang lahir dek perbuatan aku.
Bau haruman lelaki masih melekat di baju biarpun sudah di basuh ummi satu tahun yang lepas untuk pertama dan terakhir kali. Baunya tak busuk, tak jugak wangi. Hanya bau badan lelaki biasa. Rindu aku pada bau ini. Bau si dia yang selama ini banyak habiskan masa bersama aku tak kira masa dan tempat.
Bau si dia satu tika dulu yang sama sama aku secara senyap pergi ke kedai kapitalis kecilan untuk membeli kabat. Bersama sama aku juga dia dan beberapa kawan sekampung lain curi curi mengambil parang di stor tokwan dan masuk ke hutan untuk menebang sebatang dua buluh untuk di buat meriam, sebagai mercu bermulanya musim Ramadhan.

Bila diingatkan balik, boleh tergelak sendiri aku; Pak Ngah Dee datang sergah dan perambat kami semua yang asik dengan ciptaan meriam tanpa kelulusan  dengan rotan di tangan kiri sambil bibir tebal tak lekang dengan sigaret gudang garamnya. Kelakar.
Malam tu malam kemuncak, usai saja dengar titah dari tivi yang mengatakan besok adalah hari raya Zairan jadi seronok tak terhingga; bersiap sedia dengan songkok dan baju melayu teluk belanga yang baru ummi belikan empat hari lepas. Mujur tidak dengan sampin di pakainya.
Memandangkan hari ini hari terakhir, maka semua baki kabat yang ada akan di habiskan sebelum menjelang jam 12 malam.
Sebagai memberi penghormatan kepada Zairan kerana semangat ‘raya’nya yang membuak buak, aku biarkan dia yang nyalakan sumbu selepas penuh kabat diisi ked alam bekas.
Tak perlu tunggu lama; semuanya pantas dengan hanya sekelip mata terpejam, buluh meriam pecah, percikan api dan serpihan buluh tepat kearah Zairan. Tembus perut kiri. Darah anak muda itu percik bebas keluar dari sel pigment yang menutupi isi badan. Menggelupur Zairan, bukan dirasuk, tapi di sakiti kerna di ambil nyawanya dari malaikat. Mati.

+ Zairul, buat apa di bilik lagi tu? Jum kita ke masjid, lepas solat nanti kita melawat kubur arwah adik Ran.

-Baik Ummi.

Tongkat diambil, spek gelap di pakai; menutup mata yang buta terkena percikan buluh buluh halus, satu tahun lepas.




*versi yang sama di sini.

Thursday, July 5

Aku mahu kalian.

Berlari aku, gagah berlari,
Berlari tinggal kalian semua. Lupa.
Berlari sampai masa aku terjatuh.
Luka kakiku, sakit. Pedih.

Aku berdiri.
Seorang diri. Disini.
Di tengah keramaian orang yang tak pernah ku kenali.
Mana kalian? Kawan kawanku.
Mana?
Ah..
Aku lupa lagi.
Aku dah lama tinggal kalian,
Atau kalian mungkin dah lama tinggal aku diwaktu aku jatuh tadi.

Kawan.
Maafin aku.
Aku tiada siapa siapa di sini.
Aku kesorangan.
Bantu aku.
Aku mohon.
Aku rayu.
Aku mahu kalian semula.
Kawan kawanku.



*di keramaian orang. Sendiri

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 27

Jangan kau terlalu tekad


Di sa-buah negara yang dulu kalanya hanya kenal kain pelikat, hantu dan sireh pinang, adanya satu orang lelaki yang baru sahaja kecewa dengan kehidupannya yang penuh duka lara. Ogun baru saja kehilangan orang rumahnya yang telah di sailang oleh adik lelakinya sendiri. Di kamar tempat beradu Ogun dan Mawar; di tempat itu jugalah segi tiga emas Mawar di robek oleh adik lelakinya.  Di robek atas atas kerelaan. Sedap.

Semerta Ogun ceraikan Mawar dengan nada amarah; dan semerta itu juga Ogun di usir keluar dari rumahnya atau lebih tepat rumah pemberian orang tua Mawar. Sesal. Dihebohkan kepada semua orang kampung tentang buruknya perangai mantan isterinya, di tertawa, di maki dan diludahnya balik ke muka jerawat Ogun lalu dipandang hina kerana di buang isteri.

Dek cahaya mentari bersilau tepat ke anak mata, berehat Ogun di tepi sawah bendang berlumpur pekat berbau tanah. Datang sa-ekor burung gagak bertenggek di bahu Ogun. Burung gagak yang kurap badannya, kotor, jijik dipandang mata. 

+aku tekad akan pergi ke dalam hutan sana, aku nak berusaha, aku akan balik semula ke sini 5 tahun akan datang dengan orang yang baru.


Setelah seberapa masa, burung gagak hitam yang bertenggek di bahunya sekian masa dulu; yang kurap bulunya masih lagi dalam keadaan sama, malahan sudah buta sebelah matanya dek tertusuk ranting. Ogun basuh muka yang sudah kering kesan air liur orang kampung di tepian sungai jernih. Hari ini dia sudah mahu keluar dari hutan, sudah mahu balik ke kampungnya. Dibasuh selut selut di kaki yang sudah mula mengering.


Sekarang dia sudah berada di depan kampung.
Selepas sehari setengah di dalam hutan.


Sunday, June 24

Bangku simen


Usai bayar harga makanan di warung tepi dataran. Aku duduk di satu bangku simen bertatahkan nama si pemilik; Majlis Perbandaran Kangar. Aku duduk seorang diri, bersandar hayati ciptaan tuhan berlimpahkan cahaya lampu bintang dan bulan. Nyaman. 
Aku keluarkan sebatang rokok; aku cucuh; aku sedut dalam dalam asap kelabu; aku hembus perlahan lahan asap ke udara. Puas.
Aku toleh kiri, aku toleh kanan; tak ramai orang yang lalu lalang disini; mungkin bukan malam minggu barangkali.

Aku pandang depan, jauh di depan sana. Macam nampak sesuatu; Ahh. Ilusi semua tu, ilusi. Aku pandang bawah;gelap. Aku toleh semula ke depan, nampak kelibat seorang sahabat datang ke arah aku. Berbaju hitam; berseluar jeans pendek. Dia duduk di sebelah kanan aku, di bangku simen yang sama. 

+aku mahu luahkan perasaan pada kau. Boleh?

-eh, aku kan kawan kau. Cakaplah.

Satu satu perkataan keluar dari mulut dia. Satu satu aku dengar, aku amati. Dari riak wajahnya sudah cukup buat aku tahu hidupnya kini terumbang ambing; bagai perahu kecil menanti di pukul ombak besar. Silap silap haribulan, boleh terus tersujud di tanah sahabat aku ini. 

Riak wajah sugul, rambut kusut, betul betul tampakkan yang dia sudah lain benar dari dia yang aku kenal satu masa dulu. Bibirnya tak berhenti keluarkan huruf huruf dicantum menjadi perkataan, katanya dia sudah letih. Dia sudah serik, dia sudah rasa ini masanya dia berubah. Katanya selama ini satu demi satu tuhan beri hint padaya supaya hentikan kerja lama, kembali bersihkan baju yang selaputi badan yang busuk dan kotor itu. Ini masanya.

Dari anak mata coklatnya jelas kelihatan dia sudah benar benar mahu berubah, berubah demi diri sendiri. Terkadang, nampak dia kesat air yang entah dari mana datangnya di bahagian kelopak mata. Dia malu, dia takut, dia sakit, dia kecewa. Selama hidupnya dia tak punya impian. Katanya dia jahil agama, sedangkan solat lima waktunya terumbang ambing, apatah lagi bacaan Qurannya yang bersangkut sangkut. Katanya dia nekad, dia mahu berubah. Dia cuma kata dia punya teman di sekelilingnya. Susah bagi aku untuk dengar seorang sahabat lelaki yang di mata teman temannya dia seorang lelaki penghibur berceritakan segala hal dirinya sebegini rupa.

Sebak aku mendengar semua luahannya; hampir titis air mata lelaki ini. Rokok sudah habis sebatang, tapi bibir teriak mahukan lagi sebatang. Aku ambil kotak rokok di sebelah kiri, aku ketap di bibir, aku suakan kotak rokok kepada dia. Hilang.

Di mana sahabat itu.
Aku toleh kiri; toleh kanan.

Hanya aku seorang, bercakap dengan diriku.


Friday, June 22

Biar aku dalam sepatu-mu


Setapak dua tapak tiga tapak,
Berhenti.
Aahhhh!

Setapak dua tapak tiga tapak,
Pedih,
Sakit,
Lenguh.

Jalan masih jauh, nun disana nun.
Kau masih sini. Terencut encut.
Kenapa?
Oh kejap,
Kau acap bilang tak ada apa.

Sudah,
Buka sepatumu itu,
Biar aku cuba pakainya,
Meski hanya sebentar.
Meski hanya sesaat dua.

*in your shoes

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 20

kotak keramaian





Biarkan aku pergi,
pergi dari kotak ini.
Ya, kotak ini.

Kotak di keramaian orang bertepuk, bergelak, berpekik, berseronok, girang,
kerna di situ ada kau,
di situ hadir aku.

Biarkan aku pergi,
pergi kerna tak gagah diri ini lihat tubuh tubuh mu dicuit, disentuh orang,
Biarkan. Biar panca indera ini tak nampak apa yang telah ternampak,
Biarkan aku pergi.
Biar.

Jangan kau,
jangan kau sedih, jangan kau sakit,
kerna percayalah, aku sedang gembira lihat senyummu terukir.



*dewan keramaian manusia.

Lagenda riwayat manusidang


Di satu negara lama, negara yang besar bilangan penduduknya yang punya seorang sang raja yang gagah dimana sudah berpuluh negeri negeri di tawan dan dijadikan jajahan takhluknya.
Hari ini adalah hari penentuan bagi seorang banduan itu. Seorang mantan tentera bagi negara sekian sekian yang di masa eranya dulu yang telah mengetuai berpuluh kompeni tentera tika berusia  20 tahun lagi.

Luciax, di zamannya di anggap sebagai lelaki anak tuhan bagi para ulama di mana kebolehannya menewaskan berpuluh laskar musuh dalam pertarungan hanya menggunakan tangan kosong yang berbulu lebat bewarna coklat kehitamana itu. Sikap menyendiri yang ada pada dia buatkan ramai orang susah mendekati dirinya, termasuklah raja August sendiri.
Pernah satu masa dulu, Luciax dianggap sebagai penyelamat bagi Raja August sendiri kerana berjaya menyelamatkan baginda dari di sihir perempuan tua yang entah dari mana mana. Anak tuhan itu menusuk tepat dada si tua menggunakan tanduk yang ada padanya tika itu. Usai semuanya, Luciax terus di angkat menjadi pengawal peribadi raja dan ketua bagi kepimpinan tentera.

Sempurnama lalu semuanya berubah sekelip mata di mana Luciax di tangkap tika sedang asik melayari bahtera dendam bersama permaisuri baginda. Keduanya ditangkap dalam keadaan berbogel dengan permaisuri masih berada di atas badan berketak Luciax. Halica, permaisuri kepada August, seorang perempuan paling cantik di negara mewah itu; yang punya kehendak seks yang exotic telah mendapat layanan paling inzal oleh Luciax, seorang lelaki berekor otot di hadapan; berekor bulu di belakang.

Hari perlaksanaan hukuman

Hari ini adalah hari terakhir Luciax di muka bumi ini; di hadapan ratusan penduduk di dalam moselum; semuanya akan bersaksikan titisan darah merah pekat seorang lelaki yang di anggap anak tuhan jatuh ke tanah debu.
Dalam sekelip mata; terpisahlah kepala dari tubuh besar lelaki itu.
Berakhirlah sudah riwayat separa manusia separa seladang.

Monday, June 18

Punya jawapan tersirat dalamnya.


Di setiap amarah yang merah,
Di setiap muncung bibir tanda terasa,
Di setiap peri laku yang terpacul,
Percayalah penuh dalam hati, itu kasih

Kemarahan yang tersembul,
Datang dari hati yang pedih.
Pedih dengan tindak tanduk mu,
Tindak tanduk yang biasa bagi dirmu dikala dulu,

Khilafku ini,
Aku mohon ampun.

Janganlah kau berubah tika telingamu dengar bait bait ini.
Kerna perubahan yang aku inginkan,
Hanya perubahan datang dari hati kecilmu.

Kerna mungkin bisa aku biasakannya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, June 10

Nasi lauk daging



Seorang perempuan suku abad usia sedang asik memotong daging daging segar. Kesemua bahagian daging di potong, di siang dengan sendiri; di asingkan tulang tulang kepada satu bakul, daging daging yang siap dilapah kepada bakul lain, dan organ organ dalaman seperti hati, limpa dan perut di bakul lain, supaya mudah untuk disimpan.
Bagi negara yang pasca kemerdekaan begini, cukup susah untuk dapat merasa nasi berlauk, apatah lagi daging; oleh sebab itu si perempuan tua rela melakukannya sendiri dari mengupah orang lain ataupun membeli di pasar. Ibu kota yang dulunya salah satu nadi bagi negara itu; yang punya bangunan yang tinggi melangit musnah bertukar batuan kecil dan habuk. Ranap.

Di ruang bilik rumah itu, seorang anak lelaki yang bakal menjagkau 15 tahun umurnya sedang leka mendengar berita di radio usang. Berita yang berikan tanda tanda segala macam bantuan bakal diterima dari negara negara besar kepada mangsa mangsa peperangan ini. Di kotak bilik lain pula,merupakan bilik penginapan suami kepada perempuan tua itu; senyap sepi pagi ini tanpa rengekkan mahu makan, berak dan kencing, tak seperti hari hari sebelumnya selama tempoh hampir setahun setengah. Lelaki itu yang dulu kalanya merupakan seorang pekerja faktori dari sebuah syarikat bercorak kapitalis hilang sebelah kaki, sebelah tangan dan buta matanya dek terkena serpihan letupan bom HE (high explosive). 

Masih terngiang ngiang permintaan anak lelaki kepada ibunya pabila genap usianya 15 tahun malam nanti.

+ ibu, genap umur ku 15 tahun, aku pingin makan nasi berlaukkan daging. Sudah hampir dua tahun aku tidak merasa daging. bolehkan bu?

Hanya senyuman kasih terukir di wajah tua perempuan itu; senyuman yang tampakkan harapan, yang ukirkan bebanan di dalam diri.

Menjelang tepat 12.00 malam.

- Anak, mari sini, makan. Ibu sudah siapkan nasi dan lauk lauk daging di sini. Ada gulai, ada kari ada perut yang siap direbus. Makan nak. 

+ Terima kasih bu. semuanya nampak sedap. Aku sayang ibu. Tapi bu, mana ayah? Sedari malam semalam aku tak nampak ayah. Kenapa pintu bilik ayah bermangga?

- Ayah sudah tiada nak. ayah pergi tinggalkan kita. Dia tak mahu terus bebankan kita. Dia sudah keluar dari rumah. Anakku, pabila besar nanti, jadilah orang yang berguna, kerana itu amanat terakhir ayah untuk mu. Yakinlah, bahawa ayah selalu ada di sampingmu.

Anak kecil yang genap umurnya 15 tahun hanya menggangguk sambil leka mengunyah daging segar yang baru di siang pagi tadi.




Thursday, June 7

Kipas lama



sumber

Panas, berpeluh.
Berair badan. Arghhh.
Krekk krekk krekk
bunyi macam cengkerik,
eh, bukan bukan,
itu  bukan cengerik,
itu bunyi bilah warna putih di siling,
tu kat atas tu,
itu bunyi kipas kipas siling
Barua,
di kotak kontrol sudah cecah level lima,
sudah level terulung,
tapi daya pusingan macam mintak aku bawa timbang kilo.
Panas.

Monday, June 4

Presentasi

As-salamualaikum pembuka bicara,
Kau dan mereka tepuk gembira,
Bagi hormat untuk si pembentang,
Postur badan aku betulkan, Membuak nafsu nak belajar,
Masuk minit sepuloh,
Otak mula merawang ke udara,
Masuk minit dua-puloh,
anak mata mua jadi kecik,
Terima kasih akhir ucapan,
tangan ditepuk, mata terpadam.
mengantuk.

Sunday, June 3

Braderhud

Sedari kecil sampai sekarang, antara aku dan kau tak pernah sekalipun kau menang dalam perang mulut, dalam kata caci. Aku bangga dulu, kerana aku punya backup besar di belakangku yang semerta buatkan kau tewas dalam perbalahan.Kita berdua tak pernah sekepala, sehati meskipun kita punya satu bapa satu emak. Ingat lagi aku, hari itu cuti sekolah, kau bangun awal dari aku, aku terlewat sedikit. Aku menerpa ke ruang tamu, kau sudah bersila di depan tivi 15 inci sambil menyuapkan sesuap nasi lemak ke dalam mulut sambil mata tekun melihat siaran tivi berita. Kau bodoh, suka sangat tengok wawancara itu wawancara ini. Hari ini hari cuti, tengoklah kartun. Kita masih budak kecil, janganlah kau lagak dewasa. Aku cari pasal, aku tekan punat di tivi; siaran bertukar ke siaran kartun kegemaranku. Kau herdik au, aku lawan, aku kuatkan suara. Kau tolak aku, aku sepak perut kau; tak sempat kau tepis. Senak barangkali. Emak datang dari dapur dengan senduk gulai di tangan kirinya, aku berlari ke belakang emak, emak marah kau, kau terus lari naik ke tangga, masuk ke bilik. Nasi lemak terbiar jadi santapan aku. Emak sering jadi backup aku.

Hari itu hari sekolah. Aku bergaduh dengan pelajar senior. Habis dahi aku, lengan aku luka merah. Sakit, tapi aku tak nangis. Sebab ayah dah pesan banyak kali, laki tak menangis bila ada luka merah yang orang nampak, laki hanya menangis bila ada luka dalam hati. Entah apa prinsip ayah, aku tak ketahuan. Kau datang, papah aku jumpa cikgu, cikgu benarkan aku dibawa pulang. Kau bawa aku pulang naik basikal Raleigh. Aku di pelantar belakang menahan sakit, kau di depan kayuh pedal dengan laju; berpeluh.

Satu hari kau dapat tawaran sambung belajar di Kelantan, di IKM. Kau kata kau belajar matapelajaran apa entah bunyi macam 'sivil injinering'. Lama kau pergi; tiga tahun kau biar aku sorang sorang di rumah. Aku takda kawan lepas kau pergi, kawan yang selalu aku gaduh, aku maki. Aku bosan, bukan sebab apa aku nak emak ayah bagi, tapi aku tak dapat nak gaduh dengan kau.

Tiga tahun berakhir, kau dah habis belajar. Kau dah graduasi. Masa kau graduasi, aku tak pergi pun tengok kau, yang pergi hanya mak dan ayah, sebab diorang beriya tengok kau pakai topi empat segi tu. Kata mereka kau anak pertama pakai macam tu. Penuh gaya.

Sekarang giliran aku untuk belajar diploma di sekian sekian tempat dengan sekian sekian kos. Aku tanya emak, kau tak sambung ke ijazah? Emak kata kau kena kerja sebab bagi aku peluang merasa belajar, merasa pakai topi segi empat macam kau satu hari nanti. Kau kerja di bidang yang bukan pilihan kau. Kau sepatutnya jadi engineer, bukan juru tol.

Sampai masa aku pulak graduasi. Hanya emak dan ayah datang, kau takda, aku tahu kau tak datang bukan sebab marahkan aku; emak kata kau dah cuba minta cuti tapi bos tak bagi. Kau tak dapat datang, kau hanya kirim salam untuk aku.


Aku malu nak terangkan ke kau, tapi aku nangis. Nangis bukan sebab aku luka berdarah main bola, jatuh moto. Tapi nangis bila kenangkan kau yang jadi backup aku yang sebenarnya. Mungkin aku baru faham apa ayah kata. Mungkin. Aku sayangkan kau, abang.


Thursday, May 31

Permintaan terakhir banduan

Seorang pengawal berpangkat bawahan bertanya kepada Boka; seorang banduan yang terperosok di bucu kotak penjara gelap itu. 

+ Besok tepat jam 6.30 petang kau akan dihukum gantung. Kau tak mahu apa apa permintaan. Boleh aku jadikan sebagai permintaan terakhir kau. Hahaha

Berdekah pengawal gelakkan si Boka. Terukir senyuman di bibir yang pecah si Boka.

-Kau, kau sudah kahwin? sudah ada anak?

+ Sudah. Aku sudah kahwin. Aku ada dua orang anak kecil. Kenapa kau tanya?

-Aku mahukan daging isteri dan anak anak kau dijadikan hidangan untuk banduan pada malam kematian aku.

Sayu. Sepi suasana. Suara garau yang kedengaran dalam kotak penjara buatkan suara ketawa pengawal hilang semerta. Bergema satu kotak penjara, menusup tepat masuk ke lubang telinga pengawal. Terduduk pengawal. Mungkin letih berdiri atau mungkin masel di kaki sudah tak upaya menahan berat badan yang secara tiba tiba berat dek ketakutan.

*****

Jam 6.00 Petang.
Hari perlaksanaan hukuman.

Kringg.....

Heboh satu penjara seorang banduan tiada dalam lokap. Boka. Ya Boka yang hilang. Semua anggota dari sa bawah bawah pangkat hingga ke pegawai pemerintah untuk penjara cemas. 

+Ketatkan semua kawalan keluar masuk! Cari sampai dapat! Pastikan dapat dia pada malam ini jugak!

Suara tegas si pemerintah kepada semua anggota bawahan. Pelik, pintu lokap yang di kawal ketat oleh anggota pengawal boleh juga buatkan si Boka lolos. Memang dasar pengkhianat negara yang licik. Sejak dua tahun kebelakang, Boka lah orang yang menjadi dalang utama dalam pemberontakan negara. Hingga buatkan kemerdekaan negara ditarik balik. Kucar kacir, haru biru negara dibuat oleh Boka. Lelaki yang dikatakan sebagai bekas tentera dan pengamal imu hitam kuno. Malahan penangkapan nya juga dikatakan kerana penyerahan diri nya sendiri selepas berjaya gulingkan pemerintahan Raja Oktor ; raja yang tampak alim di mata rakyat tapi berperangai syaitan neraka seara diam; kalau tidak masakan emak Boka boleh melahirkan anak dari benih haram Oktor.

Semua kotak lokap di masuki, di periksa. Setiap inci penjara di geledah. Semua hilang arah. Tiga puloh minit yang sibuk buat pertama kali dalam penjara. Dari satu ruang ke satu ruang, hinggalah ke bilik terakhir; bilik penggantungan untuk banduan jenayah berat.

+Tuan, ada mayat tergantung di sini! *pekik seorang anggota pengawal tatkala kaget melihat tubuh bergoyang dengan kepala di tali penggantungan. 

Sah. Ianya mayat Boka. Dari keadaan tubuh badannya yang masih belum berhenti bergoyang di tali gantung membuktikan dia baru sahaja di bawa ke situ tepat jam 6.30 petang; atau lebih tepat dia sendiri ke situ untuk laksanakan hukuman untuk dirinya.

Kes ditutup. Kes di anggap selesai oleh pegawai pemerintah. Reputasi yang ada perlu dijaga.

Jam 7.30 malam.
Dewan makan.

Semua banduan menjamah makan malam yang ada. Rutin biasa.

+Ah sedap pula makan malam kali ini.

Ujar salah seorang banduan yang lahap makan nasi putih bersama sup brokoli dan gulai daging lembut. Dihisap tulang yang ada di dalam mangkuk. Tulang seakan sebatang jari kelinking.


Tuesday, May 29

Cinta origami bintang

soundtack




+Awak, nah, ambillah origami ini.
-Terima kasih awak.

Sebiji origami berbentuk bintang kecil diletakkan di atas tapak tangan lembut seorang gadis yang bundar matanya. Seperti biasa, senyuman jelas terukir biarpun origami yang sama bentuk, origami yang sama saiz diberikan kepadanya tiap kali bersemuka. Tiada kata yang diluahkan; hanya senyuman seorang kekasih hati atas pemberian dari seorang kekasih yang tidak bermodal besar.

Rentak angin yang sekejap kasar sekejap lembut, ditambah kepulan awan yang melindungi pancaran cahaya terang sang mentari memberi scene yang cukup damai di tepi Tasik  Sri Aman. 

+ Awak, awak sedar tak, kecantikan awak semakin hari semakin bertambah. Makin berseri.

Si kekasih hanya tersenyum hingga menampakkan lesung pipit. Senyuman yang datang ikhlas dari hati seorang perempuan yang dituju khas hanya untuk si lelaki. Tangan si gadis di pegang lembut, di usap. Diletakkan di dada, di cium lembut menandakan cinta yang makin hari makin mendalam, sedalam dalamnya.

Dipeluk erat si gadis mata bundar. Seerat-eratnya. Berlinang air mata gadis. Air mata gembira yang menitis tanpa ditahan. Air mata yang menunjukkan kebahagian kerana dicintai dan dihargai sepenuh hati. Berat bibir sigadis mahu mengatakan kepada kekasihnya supaya sabar dengan apa yang berlaku.

-Awak, awak menyesal ke berjanji untuk terus setia kepada saya sampai akhir hayat awak?
+Sayang, janga sekali kali mengungkit hal ini. Saya tak pernah rasa sesal dengan kata yang saya janjikan. Cinta saya cinta mati. Hanya demi awak.

-Betul? awak pasti?
+Betul sayang! Kenapa, awak masih ragu dengan cinta saya?

-Tidak sayang, saya percaya, malah saya bersyukur sangat. Sudah genap empat tahun awak sabar bersama saya. Teman saya di sini hampir setiap hari. Sebenarnya sayang, dari dulu lagi saya sudah khabarkan supaya janji awak tu saya sudah anggap selesai. Tapi awak yang degil..

Belum sempat si gadi habiskan kata kata, jari telunjuk si lelaki hinggap tepat menutup kedua dua bibir halus si kekasih.


+Sayang, jangan cakap macam tu. Cinta saya pada awak tak pernah pudar, tak pernah mati.

-Terima kasih sayang. Tapi ingatlah, satu hari kelak jika awak jatuh hati pada perempuan lain, awak tutuplah rapat rapat balang kaca yang penuh dengan origami bintang itu, dan buangkanlah di dalam tasik ini, di tempat saya mati lemas empat tahun lalu supaya cinta kita terkubur sekali. Saya relakan awak pergi teruskan hidup awak.

Basah pipi kasar si lelaki, basah dek kerna air mata jantan yang mengalir hiba. Hilang perlahan bayang tubuh kekasih hati yang meninggal hampir empat tahun lalu.

+ Awak, saya sentiasa sayangkan awak, dan malam nanti ada tahlil untuk awak sempena empat tahun awak meninggalkan saya dan anak anak. Semoga awak tabah tempuh dunia sana, hanya doa saya dan anak anak sebagai peneman.


Balang kaca yang hampir penuh berisi pelbagai warna origami bintang kecil di tinggalkan di atas bangku simen di tepi tasik.


+saya akan datang semula petang esok ya. :) 







Misi gagal.

Berjalan seorang gadis tinggi lampai dengan pakej body yang solid. Gandingan jaket merah ketat dan skirt pendek pantas menampakkan susuk tubuh idaman setiap lelaki. Jika di tenung lama, tak mustahil adik di dalam seluar boleh tebangun walaupun wajahnya masih belum kelihatan jelas kerana di halang oleh buai rambut panjang paras bahu.

Tapi aku hanya mahukan purse yang dijinjing nya. Aku tak mahu body nya itu. Duit aku perlukan sekarang, bukan body nya.

Pisau lipat digenggam kemas. Saat perempuan itu berjalan di kaki lima seorang diri, Deus pantas menerpa ke belakang perempuan dan tolak rakus tubuh lemah itu di dinding. Pisau lipat sudah tepat di leher, hanya tunggu masa menghiris daging lembut itu. Mulut mula jalankan tugas seperti diarah otak.

Kalau nak selamat, jangan melawan, bagi aku purse kau!.

Dalam pekat malam, Deus rentap purse dari tangan perempuan itu, dan ulu pisau lipat di hentak tepat di dahi, biar cedera sedikit. 

Hilang Deus dalam lorong gelap tak berlampu. Puas kerana berjaya selesaikan misi terbaru nya.

Sampai di rumah, kelihatan Badang dan Zamri sudah duduk di ruang tamu. Air teh o masih panas berasap di atas talam. Isterinya, Zubaida sedang tekun mendengar kumat kamit dari mulut dua sahabatnya.

Abang, Amina kena ragut tadi! Habis luka dahi anak awak tu. 

Monday, May 28

Sailang



Achik dan Mayang.

Satu pasangan muda yang hangat bara sedang dilamun cinta. Streotaip pe'el kapel kapel muda belia, setiap hari  dilalui perlu ada kata kata manis, perlu ada janji janji yang ditabur; janji yang kudrat tak mampu pun nak tunaikan sebenarnya. Kedatangan Mayang dalam hidup Achik betul betul kena pada masanya. Disaat hati Achik masih terasa pedih ditinggalkan Amira atas alasan mahu fokus pada pelajarannya, disaat Achik jadi serabut, rabak dengan segala tindakannya, Mayang muncul beri harapan.

Achik pelawa Mayang tonton wayang.

Cerita cinta dipilih supaya sesuai dengan tema diri mereka yang sedang asik dilamun cinta manusia. Mayang yang pilih, Achik yang bayar.

Bilik yang punya layar putih besar dimasuki.  Membontoti dua tiga penonton lain yang masuk di dalam terlebih dahulu. Ucapan maaf dan tumpang lalu berbuih di bibir; tanda hormat.

Wayang bermula, mata masing masing terpana kaku menghayati bibit bibit cerita yang ada supaya tak rugi pelaburan RM 20 tiket bagi dua orang.

Dalam gelap, tangan merayap. Berpegang kemas tangan Achik genggam tangan Mayang. Masih malu malu, tapi setan mula penuh di dada. Tersenyum manis kedua dua mempelai. Mungkin pertama kali bersentuhan, pertama kali lupa halal haram agama. Itu biasa, kerana pasangan di hadapan mereka lagi asik dalam dunia mereka, makin sedap bercumbu sesama mereka tanpa endahkan orang lain.

Achik merasa tidak selesa dengan perlakuan babi pasangan di hadapan mereka, tampak hilang adab, budaya masyarakat Melayu. Dengan penuh sopan, Achik menepuk bahu lelaki yang leka bermain lidah dengan pasangannya kerana tidak selesa dengan perlakuan mereka.

Bahu ditepuk

Ayah?
Amira?

Tatu

Dulu,
Pernah satu masa dulu,
pernah aku lekatkan gambar kau di dinding kusam,
dinding itu.

Aku catitkan detik tarikh kau aku berpisah.
Ya, berpisah.

Kerna aku percaya tika itu,
kau akan ku cari semula,
kau akan kembali dalam pelukan aku.

Tika teman semuanya ketawa,
ketawa telatah aku
mereka bilang aku gila talak,
mereka bilang aku jilat ludah ku kembali.

Mereka tahu aku sukakan kau,
mereka tahu aku ada kau di sini,
di dada yang pernah kau cacah nama di sini,

Pernah aku janji,
akanku cari kau semula,
cari di sekian hari kelak,
jika kau masih sendiri,
sendiri tanpa orang lain,
tanpa dia yang baru kau cacah namamu di dada dia.


Sekarang,
kau tiada lagi,
nama indah kau, kau cacah sudah pada dada laki lain,
nama indah kau di dada ini, kekal sebagai tatu.
tatu yang dicacah dulu.




Wednesday, April 11

Doa kini

Terbang melayang,
Di buai alun angin,
Pergi diri,
Pergi mengadap Illahi,
Cukup sudah punah harapan gadis,
Doa kini,
Sakit, sesak, mati.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kertas

Terbang melayang di angkasa,

Mengikut arus angin,

Impiannya cuma satu,

Sekiranya jatuh, biarlah di tempat kering,

Nasib tak selalu ikut kita,

Impian tak selalu tercapai,

Hubungan habis di sekerat jalan,

Kertas yang terbang di buai, jatuh di dalam longkang



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, April 10

Sakit

Embun malam menitik ke tanah bumi,

Awan malam mula berarak mengikut arahan Penciptanya,

Sejuk, dingin, gigil, ketar,

Tapi dari dalam hanyalah sakit,

Sakit kerana berbohong lagi,

Berbohong demi dia bahagia.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, April 5

Pentipu

Manusia penyinggah di bumi Tuhan,
Mereka mereka ini makhluk pelanggar,
pelanggar  segala janji.
Usai ditabur segala janji,
Pecah janji pasti terjadi,
Ah.
Barangkali kau sakit
Manusia bumi.

Tuesday, March 27

wa tak gemar bila jadi gini


Wa stay rumah sewa. Owner rumah sewa wa ni, wa tak pernah tengok langsung. Sebab dia stay di Lumut, rumah yang dia sewakan di Arau. Keberangkalian nak jumpa tu macam nipis kulit bawang kecik.
Yang wa tau nama dia Bunga. Ya, Bunga. Nama old school gila babi. Kalau dia sebaya wa, wa syak mesti dia akan bunuh diri tatkala teruk kena bahan dengan wa.

Pesen rumah sewa kosong.
Tu rumah sewa wa. Rak kasut pon housmate wa susun cantik cantik guna kotak-almari-diy.

So nak masuk sem baru, wa plan dengan roomate wa, kitaorang beli satu set katil double decker. Ya, beli sendiri. 

Hari kejadian.
Membe wa masih di kampung halaman. Nampak gaya wa sorang akan kemas bilik.

Lori bawak katil dah sampai.
Wa sorang diri jadi eksited nak kemas bilik.
Wa sapu sawang, wa buang habuk, wa ubah kedudukan almari,
Wa rasa seronok pulak dok kemas kemas nih.
Kemas punya kemas, kemas punya kemas punya lagi,
Terus wa rasa macam nak pegi beli cat nak kaler ke bilik

Pesen terlebih -lebih bila mood tu tengah in.

Saturday, March 24

Cerita kucing

satu pagi yang nyaman sikit dari pagi sebelumnya.
Hari minggu rasanya ingat ingat lupa wa.

Wa bangun lewat sikit dari selalu. Sikit ja. Dalam kul 9 pagi camtu. 
Wa selak selimut, rasa sejuk semacam ja. Takpa, wa terus bangkit dari katil dabel deker wa. Rumate wa, si Arip Porniac dengan Acap taik-lalat terbongkang lagi di ulit mimpi basah. Rasanya lah.

Wa terus ke dapur, on-the-way ke dapur wa dengar bunyi pelik. Bunyi yang jarang wa dengar. Bunyi anak anak kecil teriak. Ya, itu bunyi anak kucing, bukan bunyi anak orang macam yang lu orang pikir sekarang ni.

Wa ni suka dengan binatang, tapi kalau kucing, wa rasa kurang sikit kasih sayang ke natang ni. Tengah wa usha kat mana datangnya bunyi tu, terserempak pula wa ke sekor kucing betina kaler hitam kaku-tenung-wa semacam. Mata dia time tu kemain lagi, macam anggap wa ni tikus, siap untuk terkam ja. Lu jangan tanya macam mana wa tau kucing tu betina. Wa malas nak gitau.

Wa rasa itu mak kepada kucing-kucing yang teriak tadi kut.
Wa undur setapak ke belakang, wa cakap ke dia "takpa takpa, ang anggap ja aku tak nampak ang"
Lepas tu wa tengok kucing tu macam angguk seket kepala dia sambil kenyit mata ke wa. 
Wa syak dia tahu wa ni sebenarnya baik. Wa bagi dia chance menyusu anak dia.

Kalau wa buka story hal kucing interaksi dengan wa ke membe, diorang mesti bahan wa kaw kaw punya, tu sebab wa story kat lu orang je ni.. Lu caya kan apa wa story ni. Kan Kan.



Tuesday, March 13

Anjing ni memahami rupanya.


Bila malam, bila wa boring duk rumah, wa keluar lepak.
Wa selalu nya tak lepak kedai-kedai tepi jalan ni, tak pun mamak. Wa selalu lepak di cafe-cafe yang harga air kosong nya cecah dua ringgit. Lord lah katakan.
Tapi malam tu wa ubah angin. Wa decided nak lepak di gerai tepi jalan ja. 

Gambaran.
Sebelah kedai tu ada jalan mini tar, kemudian sebelah mini tar ada rumah cina yang ada anjing tak kacak.


Wa dengan menmbe wa port di betul-betul sebelah jalan. Nak tengok awek lalu lalang katanya. Cuci mata.
Setengah jam wa lepak situ, anjing tak kacak tu terus menerus menyalak. Kemain kuat. 

Wa rasa mesti ada something dengan ajing ni.
Membe wa, Ajit bangkit dari kerusi dan terus ke arah anjing tu.

Ajit ni pesen hati kering tahap celaka. Pernah dulu dia flick abu sigaret dalam milo ais wa. 
Habis wa minum.Sikit pun dia tak bagitau wa. 
Wa tahu ni pun sebab dia cakap dia pedajal wa minggu lepas. Membe nokhorom, lu buat dajal minggu lepas, minggu ni baru lu nak bagitau.
Dia punya alasan, kalau wa bagitau awal-awal nanti wa angin sama dia. Puii, apa dia ingat lepas seminggu dia bagitau wa wa tak angin.

Sambung.

Ajit bangkit dari kerusi dan terus ke arah anjing. Makin dekat Ajit ke anjing, makin kuat pulak natang ni nyalak.
Sampai ja tepi pagar, Ajit terus angkat his-middle-finger tepat ke anjing. Tak semena, anjing tu terus diam terjelepuk di tanah.

Wa syak anjing tahu maksud Ajit tu. 

Saturday, March 10

Hai


Malam tadi wa mimpi
mimpi hampir hampir basah dek kerana takut, bukan sebab stim.

wa mimpi ramai pompuan pompuan cantik dan seksi datang kat wa.
semua iras iras neolofa. wa jadi basah di badan sebab wa tengok pompuan pompuan tadi pakat jemaah ramai ramai baca talkin kat wa gamaknya, siap ada nangis nangis

wa jadi kaget,
terus wa tejaga.

itu sebabnya wa tekad update blog hari ni.
mungkin sebab ramai orang ingat wa dah mati gamaknya.

wa tak mati lagi lah.
relax, jangan nak nangis nangis.

nanti nanti wa update.
babai dulu la noh noh.

Friday, February 24

Jeriji besi

Dulu waktu wa kecik kecik, wa dalam kategori nakal. Wa dari kampung, rumah kampung wa dari kayu dan bukan simen.  Rumah kampung dulu dulu selalunya tinggi tinggi. Nak masuk rumah kena naik tangga kayu.

Setiap kali wa nak keluar rumah, wa akan terus skip anak- anak tangga yang ada sebab wa akan terus melompat dari atas ke bawah. Sampai saja di tanah, terus wa bergolek forward roll ala ala hero.

Dan otomatik baju akan kotor dengan kesan tanah. Habuan pelempang dah biasa sangat sebab adegan macam tu. Nak larang tak da kesan, sampaikan mak wa fedap dan terus tak peduli.

Satu hari, wa cuba satu lagi aksi berani. Wa decided terjun dari tingkap rumah ke bawah. Wa berhasil, wa puas. Tak semena, hinggap satu rotan ke kaki. Air mata mengalir.

Wa tanya ayah kenapa dia rotan, dia tak cakap. Wa bingung. Lepas hari tu, ayah terus masukkan jeriji besi di tingkap. Wa syak ayah tahu ada orang cuba nak pecah masuk rumah wa.


Thursday, February 23

depressed

Result periksa wa untuk semester tiga dah keluar.
Medan facebook, twitter, dan juga blog melimpah ruah dengan post post berkenaan keputusan yang mereka  mereka dapat. 

Rata rata coursemate wa semua dapat keputusan membanggakan , walaupun ada yang tak tak dekan , tapi rata-rata keputusan mereka jika dibandingkan dengan semester tiga diploma, semeter tiga degree jauh lebih baik.

Berpusu-pusu timeline twitter dan juga facebook silih berganti antara satu ucapan, ke satu ucapan tahniah yang lain. Semua nya sudah berubah. Semua sudah maju jaya. Ataupun sedang ke arah maju jaya.

Wa? result wa juga berubah. Keputusan wa bukan warna beterbangan.
Perubahan yang buat wa fikir sekali lagi berkenaan keputusan sambung belajar. 
Perubahan yang tidak pernah di impikan siapa siapa yang bergelar pelajar.

Orang mencanak, wa merudum.

Depressed?
Perkataan tu buat wa membabi sesuka hati. Persetankan saja perkataan itu.
Wa still sama, kekal di hujung blok lari dari dunia sebenar, masuk dalam dunia sendiri.
Memang itulah sebabnya wa saikopath.

Wednesday, February 22

telepon

Kringgg... Kringg.... Nokhorom, nada phone siapa tu? gila antik. Kedekah ramai ramai gelakkan wa.
Niat hati nak angkat phone dari kocek seluar pon jadi berat. Babi punya membe. Lu bahan wa tak hingat dunia akhirat. Tuih

*****

Setiap kali lepak dengan membe membe, wa akan keluarkan phone wa, dan terus letak atas meja makan, disusun rapi sebelah kotak mild seven. Dan setiap kali tuh jugak lah wa akan kena bahan bertubi tanpa dibalas. Abaikan perihal wa mangsa buli.

'Phone ko ni kira up-to-date sikit lah dari nokia 3315, bukan lagi tahap baling anjing sebab phone ko ada satu function unik. Iphone aku, Samsung Galaxy s II si Min, dengan Blackberry Udin pun tak da fungsi macam phone ko.'

Time tu wa dah rasa lega hati sikit dengar membe wa pertama kali support wa. Terasa macam nak belanja diorang makan malam tu jugak. 'apa function phone wa wei?'

'Phone ko ade torchlight!' kedekah bergoyang meja dengan gelak tawa diorang.

'Babi'.

Air teh O ais limau dalam gelas habis disedut tanpa banyak bercakap dengan harapan diorang akan buka topik baru.

Monday, February 20

lesap

Pang!!
Pintu di tutup rapat, kemas, tanda marah.

Tadi bersepah idea nak menipu dalam ni.
Online ja, terus hilang.
Fak.

Selalu jadi macam ni kat wa.

Mesti sebab Puan Maryam the Hotters layan sinetron hingga lesap idea wa.


*Siapa Puan Maryam the Hotters? beliau emak wa.

Saturday, February 18

satu hari

Sejak dua lapan menjak, wa tengok mak wa makin berseri, ayah wa makin kacak, akak wa sudah nampak sedikit kembung di depan, begitu jugak dengan abang ipar wa. Mungkin mereka pasangan bahagia. Lantaklah diorang.

Wa pula masih lagi dalam dunia wa sendiri. Tiap hari layan 'where's my water?' dan sepak terajang kotak P1 Kimak sampai wa rasa wa dah cukup bersukan untuk hari tu.

Hari ni hari baik, wa rasa ceria sikit, tak banyak, tapi cukuplah untuk buat wa lupa hal duniawi kejap. Wa cari rokok. Walaupun tiap hari wa berazam untuk stop smoking sebab takut akan menyebabkan muka wa berjeraawat. Tapi semua tu hanya teori palsu si kaki kencing, wa tetap percaya dengan pembelian rokok wa dapat tingkatkan ekonomi negara yang sedang bangun ni.

Wa on ym, ternyata banyak friend request pop-up ke skrin yang tunggu wa untuk comfirm kan. Wa rasa suka, ramai yang nak berkawan dengan wa, begitu jugak friend request dari facebook, mungkin disebabkan selepas wa tukar default picture lama gantikan dengan gambar sendiri.

5 minit berlalu.

Shemale Aida: Hai handsome :D boleh kite kenal?
jgn lpa add i di fesbuk ye.

Wa: Fak. Wa takmain jantan.

offline


*lepas saat tu, hidup wa sepanjang hari kembali moody. Pintu bilik dihempas kuat.
Tapi wa yakin dia jujur cakap wa handsome. Wa akui.

Friday, February 17

punah

Soundtrack


Pernah ada rasa cinta,
Pernah ada rasa sayang,
Pernah ada rasa kasih,
Pernah ada rasa rindu,
Pernah ada rasa suka
Hilang punah entah kemana kini.

Diam ku bukan setuju,
Senyum ku bukan bahagia,
Tawa ku bukan gembira,
Nangis ku tanpa air mata,

Aku mati dalam tubuh ini.



Monday, February 13

Kau aku kita berdua


gambar hiasan


Kau muncul tanpa jangkaan,
kau datang selami diriku,
aku umpama merpati hitam, yang sering gagalist,
kau umpama manusia, berikan aku dedak,
aku mula bergantung pada dirimu.

Hari hari dilalui bersama,
tidak lama, hanya setahun.
kasih yang dihaharap bersama hingga mati, tidak kesampaian.
kau, aku, kita, mereka, sekeliling,
indah hari hari berlalu pergi.

Hari dua belas februari dua ribu dua belas,
hubungan indah terpaksa berakhir,
berakhir atas salah diriku.
maafin khilaf ku.
wahai sayangku.

Ulasan mereka.


Well. Everyone must have experienced break off from relationship between your boyfriend or girlfriend, right?

Fak.
Masih tak menjadi. Wa ingat bolehlah nampak style buat intro dalam bahasa omputih. Tahi 

Okey, wa rasa semua orang maybe pernah rasa putus cinta, tak kira lah lu putus time lu kapel tiga hari, tiga minggu, tiga tahun atau satu bulan. Wa rasa semua orang tak lepas dari rasa benda ni. Benda? abaikan

Perasaan sakit, frust, benci, sayu, rasa macam nak makan dinding rumah, semua ada. Nangis? dah jadi benda wajib wa rasa, macam perencah untuk masak nasi goreng.

Kadang-kadang kita tak tahu nak buat apa bila dah jadi macam tu. Nak salahkan ex? nak salahkan diri? nak salahkan keadaan? nak salahkan takdir? nak salahkan tuhan? *baca nada serius

So, disebabkan wa pernah buat survey masa belajar dulu-dulu, wa pun buatlah survey tentang natang ni dari beberapa buddy blogger wa.

*****

El: Aku rasa aku akan terus makan megi kari sambil layan Patrik.

Kak Niza: Akak tak tau nak habaq camna. Akak rasa akak akan pergi PT [read =physical training] pakaian half loreng kot.

Peah Gelemer: Aku rasa aku akan terus perah otak fikir tentang keberangkalian pokok limau tumbuh dalam perut aku.

Wawa : i don't know. Maybe i will keep update my twitter at same time think how to smack pakgad at shopping mall.

Fikhri: Aku akan terus melucah dalam blog. simple

Anis: aku rasa aku akan terus habiskan duit beli novel kut. Takpun sibukkan diri tolong ayah di kedai.

Abdol: wa rasa wa akan terus layan youtube kot. Takpun belajar masak.

*****
Wa malas nak judge. Diorang bagi jawapan ikhlas tu. Satu perkataan yang wa jumpa, wa rasa boleh pakai:

'Kembali padaNya walau apa pun berlaku. Cintailah, tapi jangan melebihi cintakan Dia. Berdoa kepadaNya, janganlah merayu pada hambaNya.'


Thursday, February 9

Bangang

Lu memang bangang!

Dalam YouTube lu orang maki-maki mamat Indon, lu orang cakap Indon itu ini, tapi hakikatnya pukul 2 petang tiap hari Isnin - Jumaat lu anak beranak melangut depan tibi layan sinetron Indon.

Lu cakap hisap rokok tu bahaya untuk kesihatan, boleh bawa maut, boleh buat gugur janin, boleh jadi punca untuk masalah sosial lain, tapi lu yang bergelar doktor dan ahli farmasi juga yang habiskan duit di seven-e beli rokok.

Lu cakap iklan- iklan di tibi tentang krim yang boleh buat muka lu bertukar putih walaupun warna kulit lu memang sejak azali lagi putih sikit dari Rama tak boleh percaya, tapi senyap-senyap lu pegi beli juga.

Lu puas berceramah bebas pada kawan-kawan lu yang jahil agama supaya diorang berubah, tapi lu cerita keburukan diorang pada kawan lu yang lain.

Lu cakap lu telaah buku siang malam, bila exam lu toyol, tapi apa yang lu toyol tu tak masuk exam.

Lu sibuk dengan AUKU lu. Jajan sana sini. Himpun itu ini. Tapi paper lu ada jugak yang repeat lu tak sibuk nak struggle.

Lu cakap lu pandai bahagi masa dengan buat benda berfaedah tapi lu baca jugak blog CABUK ni.


Wednesday, February 8

komplain

.Kalau wa pandai, wa dah masuk Oxford

.Kalau wa anak Tan Sri, wa dah sambung degree di oversea, atau mungkin wa beli saja master dari universiti yang gilakan duit bapak wa. 

.Kalau wa Perdana Menteri, mungkin wa tak tulis dah blog ni

.Kalau wa P1 Kimax, mesti rentetan hidup wa macam P1 Kimax gak

.Kalau wa burung, mesti wa tengah gelak-gelakkan manusia dengan agenda politikus negara yang semua saling salah menyalah.

Semua tu kalau. 

Kenapa bukan kalau wa Tuhan. 

Sebab wa adalah diri wa. Wa tetap macam ni. Cukup dengan komplain. 

Friday, January 27

Catatan: tak cool

Lu cakap lu player,
Rambut lu nak macam korea,
Dengan awek lu genggam tangan erat,
Pakai G-Shock ori lak tu,

Tapi lu beli novel cinta jugak, bagi wa lu tak cukup cool. Beli guna baucer 1Malaysia pulak tuh. Tak style langsung.

Thursday, January 26

5 sentimeter

Aku bukanlah dari keturunan yang dipandang tinggi bagi golongan manusia. Mungkin kerana aku tidak dibeli di sekitar butik-butik mahupun kedai bundle dan juga kedai 1 Malaysia. Mungkin, tahla. Akan tetapi, suatu yang pasti bagi golongan manusia yang wujud di zaman modenisasi ini ialah mereka sangat memerlukan diriku. Boleh kata hampir semua golongan manusia tak kira dari golongan bawahan yang selalu di tekan hinggalah ke golongan vvip yang selalu menekan. Mungkin.

Tapi keberadaan aku di satu-satu tempat boleh dianggap kurang menyenangkan bagi sertain golongan mengikut sertain masa kejadian. Yang pasti, golongan yang sememangnya bencikan aku adalah golongan rempit. Ya, rempit. Golongan yang bagi aku sangat unik kerana mempunyai kemahiran untuk mengubah suai motosikal yang  mempunyai had maksima kelajuan 110 km/ jam meningkat sehingga 220 km/ jam. Mungkin engineer Honda dari Jepun pon akan kagum dengan kemahiran anak tempatan Tanah Melayu. Mungkin.

Kenapa golongan ini tidak menyukai aku? Apa yang pasti, kekuatan yang aku ada melebihi kekuatan lampu traffik yang punyai tiga warna yang sememangnya aku fikir golongan ini tidak tahu makna ketiga-tiga warna itu dan apa tindakan pabila setiap warna bertukar. Jika ada aku di situ, maka tidak adalah lumba haram di sekitar kawasan itu.

Golongan kedua yang sememangnya tidak menyukai aku adalah golongan yang rushing untuk ke destinasi. Rushing di sini mungkin rushing untuk ke tempat kerja, ambulans yang sedang bawa pesakit dengan kelajuan optima, budak sekolah yang bergegas balik untuk tonton kartun dari produksi tempatan dan juga kau yang tengah tahan kencing dan perlu bergegas balik untuk ke tandas. 

Selalu aku di maki hamun golongan-golongan ini. Aku tak berniat untuk melewatkan mereka ke destinasi, aku hanya menjalankan tugas hakiki ku yang tidak diberi sebarang ganjaran seperti golongan manusia. Aku berada disitu atas kehendak penduduk setempat dan aku pasrah dengan apa yang timpa diriku. Panas, petir, hujan, motosikal, fixie, lori yang bawa gas, kereta waja. Semuanya. 

Kerana aku hanyalah bonggol jalan setinggi 5 sentimeter.


Catatan: Blogpress


Hari yang wa tunggu-tunggu dah pun tiba. Dapat jugak wa jailbreak ipad2 ios5.
Ada setengah pihak cakap bila jailbreak ni rugi sebab ipad akan hilang dara. Wak lu hilang dara. Bukan nya orang.

Yang wa tau, apel sendiri rasa terancam bila ramai orang guna jailbreak untuk produk apel sampaikan apel nyatakan siapa yang buat jailbreak akan void warranty dari apel.



*jailbreak macam hack. Lu nak tau lanjut, lu gi tanya lebai google.

- Posted using BlogPress from my iPad2

Wednesday, January 25

Catatan: Solo



Lu ingat solo tu apa. Single? Lu silap.

Mak wa cakap solo tu loghat kampung bermaksud macam riki anak dara orang untuk buat calon menantu. 

Bukan wa yang cakap, mak wa yang cakap. Betul.


Lu tak caya sudah!


*dengan crush wa pon mak ayah wa solo di fesbuk.

Tuesday, January 24

Catatan: Vannessa Hudgens

Malam semalam wa on ym wa. Entah camna Vanessa Hudgens boleh add wa. Wa rasa mesti dia tersilap add kot. Wa pun malas nak ambil port benda-benda camni, wa approve ja.

Lu orang jangan cakap lu tak kenal Vanessa Hudgens. Wa boleh cakap dia antara awek hollywood yang masuk dalam kategori seksi habis. Biasalah, awek matsaleh kan, hidung nak mancung, peha nak kurus, tinggi nak 1.8 cm ke atas ja. Boleh cakap high rate jugak la kalau dalam porn industry. Wa pun dulu tak kenal sangat dia nie, tapi wa rasa dia famous pun lepas gandingan dia dengan Zac Efron dalam filem High School Musical meletup. Wa rasa diorang pernah kapel dulu,  sekarang wa taktau la. Tak suka sangat gosip-gosip ni.

Tak sampai 5 minit wa approved dia, terus dia sapa wa.

"Hi, thank approved me. :D"   -Vanne   *time ni wa dah jadi tak keruan dah, belum sempat wa sapa dia, dia lagi awal sapa wa. Tapi wa still control macho

" Oh hi, your welcome :D"  - Abdol  * wa reply siap dengan smiley sebab nak nampak lagi cool. 

" If I'm not mistaken, your name Abdol right?"  -Vanne   *Terkesima sekejap, macam mana dia boleh kenal wa.


"Er... yeah.. it's me..but how you know my name?" - Abdol   *Wa betul-betul konpius time tu, rasa cam mimpi pun ada.

"Ouh, I know you. I'm actually always followed read your blog. Your blog 'cabuk' really good. I'm enjoyed it. hehe."  -Vanne

"Oh my~ hehe.. I never know hollywood actress also read my blog. It's actually just a simple blog about my normal daily life, nothing else. hehe" -Abdol  * Lu dapat bayang tak time ni, wa dah betul-betul happy gila, terus ada taman di hati. Tapi wa still control macho wa.

" Erm... btw I heard you already break-up with your lover, I'm sympathy with you Abdol, chill okay. :)" -Vanne      *Tak sangka wa, dia siap amek tau hal peribadi wa lagi, caring jugak orangnya si Vanne ni. Belum sempat wa reply, dia send lagi msg kat ym wa.

"Actually Abdol, I think I'm in love with you. I'm started like your style. ^-^"  -Vanne  * Biar betul dia ni. 

"Erm..well actually it is right I'm already break up with my lover, but last night we continued our relationship because I am love her deep in my heart. I'm sorry Vanne, and don't worry, you are beautiful and there are many other peoples suitable with you. :)" -Abdol   *wa harap dia faham. wa bukan tak nak dia, tapi nak ke dia bermadu dengan crush wa. Lagi satu, tak mampu la wa nak speaking setiap kali dengan dia. Wa spm pun B3 ja.

"Oh really?..erm, Okay Abdul, I'm Understand. I wish you happy with your lover. :') -Vanne

"Err Abdol, Seman is your buddy right? Actually if I doesn't get you, my second choice is Seman. He also looked suite to me. Just tell him that I'm says Salam to him <3 "  -Vanne   *Seman? Siap dengan smiley heart? Wadefak! Kenapa Seman? Seman mandi pagi pun jarang.  

"Fuck you!"  -Abdol   *Wa rasa dia tak sempat baca apa yang wa send tadi, sebab time tu dia dah pun offline.  


inilah si Vannese tu
*wa harap lu orang maafkan grammer wa. Biasalah, spm pon B3 ja.