Sunday, October 3

catatan tanya diri: 12

Manusia bumi kata, semua orang layak dicintai dan menyintai.
Mungkin itu fitrah laki laki dan perempuan.
Ke mana arah cinta? itu yang di soal kan.
Apakah layak kau cinta? jika solatmu tunggang langgang, huruf al-quran entah kemana.
Yang punya hanya duit.

Monday, September 27

catatan tanya diri: 11

Isu tudung. lagi.
Tak habis habis dengan isu tudung.
Dulu bila tak berkerudung, mereka dipandang jalang.
Bila berkerudung, mereka di katakan sekadar ikut arus fasionista moden.
Manusia bumi tak pernah puas dengan penilaian.

Diadili oleh mereka mereka yang belum tentu cukup dengan ilmu di dada.

Friday, September 24

catatan tanya diri: 10

Wahai kau manusia bumi jantina lelaki.
Jantina yang punya tenaga, yang punya kuasa majoriti dalam bumi.
Bila soal pasal kahwin, rata rata kau pilih perempuan suci.
Suci bagi kau dia belum disentuh mana mana lelaki.
Masih ber dara.
Tapi masa muda kau, terlalu banyak perempuan yang kau hilangkan dara.

Dengan siapa pulak mereka mereka akan berkahwin lagi

Saturday, September 18

catatan tanya diri: 09

Psikopath
Mereka rata rata gelar aku begitu.
Manusia bumi semua gelar aku begitu.
Kata mereka, itu penyakit.
Cis. Bagi manusia bumi, apa saja yang berbeda dengan mereka dipanggil penyakit.
Semua kata aku sakit.
Semua tolak aku keluar dari komuniti yang mereka bina sendiri.
Apakah aku tak layak di cinta?
walaupun benar aku seorang pesakit psikopath.

Friday, September 10

catatan tanya diri: 08

Blog, Facebook, Twitter medan sosial paling besar, paling hebat abad ini.
Disitu jugaklah tempat kau lepaskan semuanya.
Baik dari hal bersama keluarga, kawan, mahupun kekasih.
Tempat luah perasaan.

kononnya.
kau puas kan?

Wednesday, September 1

catatan tanya diri: 07

Perempuan.
Kau salahkan laki laki kerana tiinggalkan kau.
Kau maki hamun dia, kau sebarkan segala keburukannya,
Teman teman mu tahu perihal hidupmu.
Kau ungkit segala janji janji yang ditaburnya sewaktu dahulu.
Kau menyesal dengan perhubungan yang terjalin.
Kau anggap laki laki tidak berguna.
Kau anggap mereka tidak peduli perasaan mu. Benar belaka!.
Laki laki itu tidak berguna.
Sekiranya dia tinggalkan kau dalam keadaan kau hamil anak luar nikah hasil benih kau dan dia,
sekiranya dia tinggalkan kau demi perempuan yang dia anggap layak dengan dia,
Tapi, pernah terdetik di fikiran kau? dia tinggalkan kau kerana dia punya masa lalu yang gelap.
kerana dia pernah melayari pelacur pelacur di bumi.
kerana dia tidak mahu benih penyakitnya berada bersama kau.

kerana dia pengidap HIV. kerana dia sayang kau benar.

Thursday, August 26

catatan tanya diri: 06

Ramai manusia bumi gunakan ayat ini,
ayat yang kononya menggambarkan diri mereka dikala itu 'hidup umpama roda, kadang-kadang di atas, kadang kadang di bawah'
kenapa perlu samakan hidup dengan roda?
kenapa kau tidak katakan 'hidup umpama kereta api, bekerja sehari harian menjadi alat, hamba kepada sistem yang kau ciptakan sendiri'.
kita sendiri yang letak diri kita di bawah, dan kita sendiri yang akan buatkan kita di atas.
tak perlu kau gunakan ayat pujangga itu,

kerana kau hanya gunakan ia dikala kau di bawah.

Wednesday, August 18

catatan tanya diri: 05

Masa.
Selalu bergerak, tak pernah henti.
Aku tidur, kau gerak
Aku makan, kau gerak
Aku dating, kau gerak
Aku mati, kau tetap gerak.
Kan bagus kalau aku masa, tak perlu aku hiraukan orang bumi sekeliling.

Friday, August 13

catatan tanya diri: 04

cinta? Apa itu?
ia bukan orang, bukan duit, bukan emas, ia hanya perkataan ciptaan manusia.
Tapi kau sendiri jadi hamba pada cinta.
Demi cinta kau sanggup bunuh diri, demi cinta kau sanggup gadai maruah, demi cinta kau sanggup tinggal mak bapak, dek cinta kau sanggup tukar agama.

ini kah cinta yang kau kata suci? Ah, manusia bumi.

Wednesday, July 28

catatan tanya diri:03

Pelangi.
Kau selalu diibaratkan penyeri oleh manusia bumi.
Selepas habisnya hujan, kau turun.
Orang bumi kata kau penyeri.
Bukankah hujan sepatutnya penyeri?
Dia juga dikatakan rahmat dari yang Esa.

Mungkin manusia bumi lebih sukakan warna pada diri kau,
walaupun kau datang hanya sementara.

Friday, July 16

catatan tanya diri: 02

Hujan.
Mengapa homo sapien lari tatkala hujan turun?
Berlari bertempiaran umpama dikejar anjing gila.
Berlari mencari 'perlidungan' katanya.
Maki hamun tatkala kerja duniawi mereka tersekat dikala hujan turun,
bukankah hujan itu rahmat Tuhan? Mengapa?

Saturday, July 10

catatan tanya diri: 01 (pembuka)


Ini pembuka bicara,
bicara dari aku kepada diriku juga,
hanya bicara kosong,
bicara tanpa erti kadangnya,
bicara tanpa niat mugkin.

Tapi ini bicara, bicara jujur dari dalam diri ku.