Wednesday, September 14

Kisah seorang pelajar

Interview empat mata bersama seorang lelaki bergelar pelajar di sebuah universiti di utara semenanjung.

Aku Hakim.
Aku sekarang menuntut di sebuah ipta di utara tanah air. Masuk tahun ni, dah masuk tahun ke tiga aku bergelar pelajar. Biasalah, bila bergelar pelajar saja, semua mata akan tertumpu pada kami. Baik dari golongan politikus, mahupun serbanista. Yang politikus nya dengan agenda politikus sendiri, yang serbanista nya dengan ceramah sana sini. Sori emo sikit.

Apa ang rasa tentang demo okupai yang berlaku baru baru ni di dataran merdeka?

Oh itu. Aku cukup support geng-geng yang mintak pendidikan percuma ni. Kau cuba bayangkan, pelajar baru buat demo sikit, negara dah macam tak tentu arah. Canselor ipt masing masing bagi warning supaya pelajar diorang tak terlibat. Kau tahu sebab apa? Sebab diorang ingat kami yang pelajar ni tak berani nak tuntut. Lagipun aku rasa tak melampau sebab sebagai kerajaan, diorang kena ingat, golongan macam kami ni lah yang akan jadi tunggak negara satu hari nanti. Ini tidak, diorang asyik tekan, siapa yang tahan beb. Kau tengok su PTPTN. Ada patut bagi pinjam sikit, nak bayar balik banyak. Aku pelajar ijazah, sudahlah time diploma aku berhutang dengan ptptn, time degree ni pun aku berhutang jugak. Hais aku beajar nanti, sampai bila lah gamaknya aku nak settlekan hutang aku tu. Aku cukup sokong kerajaan hapuskan ptptn, dan bagi pendidikan percuma kepada kami. Eh, apa diorang tak tahu ka, artikel 26 Hak Asasi Manusia- semua orang mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan percuma. Itu hak kami sebagai pelajar, jadi tak salah  lah.

Hakim menghirup habis air milo ais di atas meja, mungkin kerana terlalu panas hati.